Wednesday, February 4, 2009

Perutusan Oleh PENDETA DANIEL SIPON TUNJIANG Pengasas Gereja Alpha dan Omega

Saya bersyukur dan memuji Tuhan, dan berterima kasih kepada saudara Raymond Tombung, penulis buku ini, kerana memberi ruang dan mengizinkan saya menjadi sebahagian kecil dalam buku ini.


Buku ini dihasilkan dan kesedaran dan keinsafan yang mendabm tentang situasi rohani umat Tuhan di zaman ini, khususnya di Sabah, di mana ramai orang Kristian mempercayai dan mengamalkan nekromansi, Sebagai contoh, masyarakat saya sendiri, orang-orang Murut Serudong yang belum percaya, dan yang sudah Kristian pun, ada yang mengamalkan nekromansi ini dengan upacara yang disebut lalagan.


Paulus menulis dalam 2 Korintus: 11-18, menceritakan agar jangan ada noda kekafiran kerana kekafiran ini berkait rapat penyembahan berhala. Sebab itu Tuhan, melalui Paulus, menasihati kita agar memisahkan din dan kekafiran, agar Dia (Tuhan) menjadi hapa kita dan Dia menenima kita menjadi anak-Nya laki-laki dan anak-Nya perempuan. Dengan mengamalkan kekafiran dalam bentuk nekromansi ini, kita belum lagi diterima Tuhan untuk menjadi anak-anak-Nya sekalipun identiti kita adalah sebagai orang Knistian.


Buku ini keseluruhannya menggesa kita bukan sahaja untuk menjadi benar, suci, malah juga terpisah dan kekafiran nekromansi, agar kita ditenima menjadi anak-anak-Nya kerana hanya anak-anak-Nya yang dapat mewarisi kerajaan Syurga (Galatia 4:6-7).


Sebagai hamba Tuhan, doa saya menyertai ke mana dan di mana sahaja buku ini sempat dibaca orang. Tuhan kiranya menyentuh, menjamah, memperbaharui minda pembaca dan mengalirkan kekuatan-Nya untuk mereka lepas dan kekafiran nekromansi ini dan mereka akan muncul sebagai umat yang dipersiapkan menjadi sebahagian dan mempelai yang masuk kerajaan Yahweh. Semoga kita terus seperti 7,000 orang yang disimpan Tuhan kerana mereka tidak pernah melutut menyembah Baal atau berhala/nekromansi (Roma 11:4).


Tuhan memberkati penulis dan keluarga penulis buku ini, para peneraju syarikat E1-Shaddai Resource Associates, serta semua yang terlibat menyumbang kepada buku ini sehingga ia berjaya diterbitkan.
Segala kehormatan, kepujian, kebesaran, dan kemuliaan hanya untukTuhanYesus Kristus. Amen!


Pendeta Daniel Sipon Tunjiang
Tawau
17 September 2008

No comments:

Post a Comment