Thursday, February 5, 2009

Perutusan OIeh PENDETA DAT1N HELEN KODING Gereja Perkhabaran Injil (GPI)

Buku di tangan anda ini telah ditulis untuk meletuskan satu transformasi luar biasa dalam hidup anda, dan ini akan berlaku jika anda merelakan minda

dan hati anda untuk mendengar dan belajar.


Penulisnya tidak menulis berlandaskan akal. atau logik dan inteleknya sendini, tetapi dia menulis berdasarkan kebenaran. Oleh itu, dalam membaca buku ini anda akan tercabar apabila berhadapan dengan kebenaran dan realiti. Memang benar, dalam kehidupan harian kita, apa yang dipercayai sebagai kehenaran adalah sesuatu yang relatif. Budaya dunia dipenuhi oleh hiburan dan fantasi ciptaan manusia, yang dimainkan oleh manusia sebagai makhluk yang sentiasa mengejar nikmat. Kita dapat melihat ketidakstabilan, sikap ambil mudah, sikap mahu mengikuti (agar tidak ketinggalan) trend-trend canggih, benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi kegilaan semasa (seperti fesyen), perlumbaan tikus (rat race atau perlumbaan mengejar kejayaan), Internet, televisyen, sms, video, budaya global, yang semuanya menyerang minda manusia seluruh dunia di abad ke-21 ini. Pendek kata, sudah lumrah dalam budaya dunia kini bahawa, kepercayaan anda tidak semestinya menjadi kepercayaan saya; kebenaran anda bukan kebenaran saya. Nilai-nilai anda juga bukan milik saya. Yang betul bagi anda tidak semestinya betul bagi saya.


Penulis dengan berani memberi kita nilai yang harus inenjadi standard sehagai asas persamaan kim! Dia hegitu herhesar had mahu mendedahkan segala penipuan spiritual yang l)erlakll dalam budayanya sendiri, Dia menulis buku ini dengan satu tujuan setelah dia menemui, mengenali dan mengalami KEBENARAN SEJATI. Dia berhasrat agar orang lain juga mengalami kebenaran itu, Kenapa? Sebabnya, tidak lain, agar kin semua menghidupi kehidupan yang sejati, kehidupan yang lebib berrnakna dan punya halatuju, punya destmni, yang jelas.


Tidak ada manusia berakal dan berfikiran waras akan merasa nikmat dengan kehidupan yang dipenuhi penipuan. Demikian juga kita tidak mahu kehidupan kin terbuang siasia kerana percaya pada pemhohongan-pembohongan yang kita anggap betul. Masanya sudah tiba bagi manusia keluar dan sistem-sistem nilai ciptaan manusia, yang telah dibentuk untuk membalut dan menyelesakan mereka. Dengan cara in mereka dapat diberitahu kebenaran dan mendapat jalan untuk MENCARI kebenaran, Tanyalah din anda satu soalan: Pernahkah mana-mana orang mengemukakan KEBENARAN kepada anda atau mencabar anda agar rnencari JALAN, KEBENARAN, dan HIDUP? Siapakah yang memiliki kenbahan yang benar-benar mendalam untuk melakukan ini, yakni, untuk memberitahu orang fakta-fakta dan kebenaran yang jitu, yang SEJATI? Berapa orangkah yang sanggup berhadapan dengan orang agar orang dapat tahu dan mendapat jalan untuk hidup yang lebih kukuh dan produktif? Dan bagaimanakah mana-mana orang dapat mengenali kebenaran kecuali ada orang yang datang memberitakannya?


Saya yakin penulis telah menghasilkan buku ini sebagai usahanya dalam misi pemberitaan ini. Penulis berjaya memenuhi keperluan tugas besar ini dengan mengucapkan apa yang henar. Jarang sekali orang yang sanggup melakukan ini kerana mereka takut ditolak dan dipertikaikan. Tanpa segan silu penulis menghuraikan injil Kebenaran dan Kasih kepada pembaca. Alkitab menyatakan di dalarn Matius 22:39: Kasihilah jiranmu seperti engkau mengasihi dirimu sendiri.

Saya berdoa agar buku ini menjadi pengangkat cahaya dan akan berkibar sebagai sepanduk kebenaran bagi berjuta-juta insan Tuhan yang masih lagi mencari KEBENARAN dan jalan yang betul, mencari jalan keluar dan kekosongan yang tidak terisikan, kekosongan rohaniah yang terus berligar di dalam din mereka. Betapa sedihnya! Terlalu ramai insan-insan yang masih belum percaya, dan mereka terus terperangkap dan terbelenggu oleh paradigma mereka yang terbina dan pengaruh dunia. Mereka terus mencari, tetapi tidak pernah menemui; mereka dicabar oleh persoalan-persoalan yang tiada penghujung seperti: Kenapakah saya di sini? Apa, di mana, dan bagairnana dapat saya menemui kebenaran?


Bacalah buku ini untuic anda mendapat perubahan sebenar dalam hidup anda. Lakukanlah saw jasabaik pada din anda sendiri dengan membuat satu pilihan: bebaskan din anda dan semua penipuan dan pembohongan yang dibudayakan kepada anda oleh adat dan tradisi manusia. Isikan kekosongon di jiwa anda itu yang agama pun tidak akan pernah dapat penuhi. Mulalah menghidupi kebenaran yang diperkenalkan dan ditawarkan oleb buku ini! Hasilnya nanti, anda tidak akan kecewa.

Syabas dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menampilkan sesuatu yang baru untuk mencipta perubahan.
Keep on track! Teruslah di landasan yang benar!


Pendeta Datin Helen Koding
Likas, Kota Kinabalu
2 Mei, 2007

No comments:

Post a Comment