Friday, February 6, 2009

Perutusan Oleh PENDETA JONIUS BAGU SALLEH Basel Christian Church of Malaysia, Kota Kinabalu

Secara peribadi saya sebagai seorang Kristian dan juga sebagai seorang pemimpin salah sebuah gereja di negeri ini merasa sangat senang dengan adanya jemaat Kristian tempatan yang mempunyai kemampuan untuk menulis buku rohani seperti buku ini.


Selama ini kebanyakan buku-buku rohani yang menjadi bahan bacaan umat Kristian di Sabah khususnya, sangatbergantung bekalannya dart friar negara, khasnya dan Indonesia, Buku-buku yang datang dan Indonesia menyajikan pengetahuan rohani secara umum dan biasanya tidak menjawab secara kontekstual keperluan jemaatKristian di negeri kita. Dengan terbitnya buku seperti ini yang memenuhi keperluan rohaniah tempatan, ia dapatmenyuluhi keperluan rohani jemaat Kristian di negeri ini dalam konteks tempatan dan cita rasa mereka sendiri.

Setelah membaca draf buku ini, saya dapat menarik kesirnpulan bahawa topik yang dihuraikan, iaitu Nekromansi sangat bertepatan dengan keperluan orang-orang di negeri ini khususnya umat Knistian. inimemandangkan budaya dan kepercayaan masyarakat Sabah begitu kompleks dan bercampun baur maka sayakira pengajaran buku mi dapat membantu dan menjelaskan kepada umat Kristian kita agar dapat menilaikebenaran menurut Firman Tuhan khususnya dalam sudut kepercayaan dan tradisi mereka yang bersangkutandengan tema yang dihuraikan dalam buku ini.


Saya berterima kasih kepada Sdra. Raymond Tombung kerana berjaya melahirkan sebuah buku yang cukup berani mengongsikan kepada umum tentang isu nekromansi yang diketengahkan dalam buku ini. Bagi pandangandan perniIaian saya, kandungan buku ini sangat relevan bagi masyarakat kita han ini. Setiap orang Kristian di mana sahaja harus membaca buku yang penting ini.


Saya doakan Tuhan terus memberkati ERA untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan daam menjalankan pekerjaan Tuhan.

Amen!


Pendeta Jonius Bagu Salleh
Inanam
4 November 2006

No comments:

Post a Comment