Saturday, February 7, 2009

Perutusan Oleh REVEREND DR. FREDERICK O. SEAWARD JR. Calvary Charismatic Centre

Saya sungguh bersukacita kerana berpeluang merekomenkan buku ini. Walaupun sebenarnya saya memang tidaklah biasa, dan kurang kemahiran berbahasa Melayu, ringkasan kandungan buku ini telah diterjemahkan bagi saya. Saya mendapati, sesungguhnya, bahawa terdapat keperluan untuk menyebarkan pengajaran yang dikemukakan dalam buku ini. Pada dasarnya nekromansi dalam mana juga bentuknya sudah pasti bertentangan dengan Firman Tuhan. Bagaimanapun, ia telah ‘merayap’ masuk ke dalam banyak gereja di Sabah dan Sarawak, dan juga di semenanjung Malaysia. Ia sedang digunakan sebagai satu Alat Syaitan untuk mengumpan mereka-mereka yang memanggil diri mereka Kristian, agar meninggalkan Kebenaran-kebenaran SEJATI, yang begitu jelas disebut dalam Firman Tuhan. Pada masa yang sama, apa juga bentuk nekromansi membenarkan syaitan mendapatkan tempat untuk berpegang atau bertapak di dalam kehidupan-kehidupan mereka yang mengamalkan walau bentuk nekromansi yang paling kecil sekalipun. Ia dengan pasti adalah diklasifikasikan sebagai satu daripada Doktrin-doktrin Iblis, sebagaimana yang dinyatakan oleh Firman Tuhan.


Saya sendiri menunggu versi Bahasa Inggeris buku ini dicetak dan diedarkan, agar ia boleh menjadi bukan sahaja sebagai satu AMARAN tetapi juga sebagai satu BERKAT kepada semua pembaca yang tidak memahami Bahasa Malaysia. Doa peribadi saya adalah agar bukui ini bukan sahaja dibaca oleh ramai orang tetapi oleh Sangat-Sangat Ramai orang, dan mereka semua mendapat hasrat untuk dibebaskan, dan agar, setelah membaca mereka bukan sahaja membuat komitmen penuh pada Yesus tetapi juga dibebaskan dari perangkap Syaitan.


Dengan apa juga nilai sokongan saya, dan sokongan isteri saya, Reverend Dr. Margaret B. Seaward, saya mahu nyatakan dengan jelas bahawa saya mengendors buku ini. Seterusnya, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Sdra. Raymond Tombung, bukan sahja kerana telah membuat kajian untuk mengerang buku ini, tetapi kerana menjadi rakan kongsi Sdra. Petrus M. Jikiun dalam El-Shaddai Resource Associates (ERA) syarikat yang memberanikan diri untuk menerbitkan buku yang sangat diperlukan ini. Saya penuh yakin buku ini akan menjadi hanyalah ‘buah pertama’ ERA, di antara banyak lagi buku yang akan menyusul.

Saya akhiri dengan ucapan, ‘HANYA KEPADA TUHAN SAHAJA KITA BERIKAN SEGALA KEMULIAAN!

AMEN!”


Reverend Dr. Frederick O. Seaward Jr.

Singapura

10 Disember, 2008

No comments:

Post a Comment