Wednesday, February 4, 2009

Perutusan Oleh PASTOR EDWIN RICHARD Pengasas Gereja Victory Life

Saya ucapkan tahniah kepada Sdra. Raymond kerana berjaya melahirkan buku yang cukup berguna inL

Saya merasa bahawa buku ini diterbitkan tepat pada masanya, memandangkan begitu banyak muslihat kuasa kegelapan yang berlaku di akhir zaman ini, termasuklah amalan nekromansi yang dilakukan oleh ramai orang-orang Kristian sendiri. Kita yang mengenali kebenaran semuanya begitu terbeban kerana menyedari begitu ramai umat yang terpedaya dan terpesong dan jalan kebenaran, meskipun mereka mengaku Kristian. Firman menggesa kita semua agar
matkanlah mereka dengan jalan merampas mereka dan api” (Yudas 1:23) dengan menyatakan kebenaran. Dan “kebenaran ini memberikan mereka keyakinan tentang kehidupan kekal yang Tuhan telah janjikan kepada mereka sebelum dunia bermula - dan Dia tidak boleh berbohong” (Titus 1:1- 2)

Sudah pasti buku ini akan dapat membantu merekamereka yang masih lagi belum menyedari bahawa mereka sebenarnya terperangkap dalam amalan-amalan yang mebnggar perintah Tuhan. Kita berdoa agar kuasa Roh Kudus akan menyertai buku ini dan akan menyentuh dan menggerakkan setiap pembacanya agar mengambil Iangkah ke arah pertaubatan dart amalan-amalan terlarang, dan akhirnya mendapat faedah keberkatan yang akan mengangkat mereka ke dalam penyelamatan yang pasti, kerana Dia memang “menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran” (1 Timotius 2:4). Puji Tuhan kerana Dia begitu penyabar terhadap kita, dan Dia tidak mahukan seorang pun dart kita binasa tetapi datang kepada pertaubatan (2 Petrus 3:9).

Saya perhatikan buku ini mengandungi sangat banyak makiumat dan ilmu hjasil dart kajian penulis yangbegitu meluas. Banyak fakta yang disebut dan didedahkan di sini yang akan mengejut dan memberkati pembaca.

Dengan terbitnya buku ini sudah pasti istilah “nekromansi” akan menjadi satu istilah yang akan dikenali umum, dan istilah itu akan menjadi tanda amaran yang akan membantu ramai orang dan terperdaya, berbanding dengan keadaan bila mereka tidak pernah mendengar istilah ini dan membaca tentang bahaya-bahayanya.

Syabas kepada Sdra. Raymond! Dengan buku ini dia menonjolkan dirinya yang berbeza dart dirmnya yang dulu sebelum dia Lahir Baru dan menjadi pelayanTuhan,

Saya berdoa banyak lagi buku Kristian yang akan dituIisnya untuk memberkati umat Kristian di mana-mana.
Tuhan berkati! Amen!

Pastor Edwin Richard
Kota Kinabalu
8 Oktober, 2008

No comments:

Post a Comment