Monday, February 9, 2009

Perutusan Oleh REVEREND FATHER FELIX CHUNG Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu

Saya rasa penulis buku ini mencapai tahap yang cemerlang dalam melahirkan sebuah buku yang saya nampak menggunakan kajian ilmiah yang meluas, dan begitu juga telah membuat huraian yang panjang lebar tentang semua aspek mengenai isu nekromansi yang sangat penting ini.


Sebagai seorang paderi saya yakin buku ini akan berfungsi sebagai satu sumber rujukan yang banyak membawa pengajaran ke arah pegukuhan iman orang-orang Kristian terhadap Yesus Kristus. Ini kerana pada asasnya buku ini membawa kita untuk menyedari bahawa Kekristianan seharusnya sama-sekali tidak boleh dicampur-adukkan, atau dikompromikan, dengan kepercayaan animisme, pagan, kultus atau tahayul. Mesej alkitabiah ini, yang begitu kuat ditekankan dalam buku ini, begitu tepat pada masanya, memandangkan keadaan dunia kita hari ini di mana manusia, dengan kemodenan dan gaya hidup bebas, begitu tenggelam dalam amalan-amalan kegelapan. Realiti masalah ini boleh kita perhatikan di dalam banyak perbuatan berfoya-foya demi pemuasan nafsu di mana-mana. Ini satu dunia yang begitu keasyikan yang dibuai oleh budaya bersuka-suka dengan melibatkan pelbagai cara melayan nafsu. Dalam keadaan ini, kepercayaan terhadap Tuhan sering kali sudah hilang, maka akibatnya Tuhan sudah mati bagi ramai orang. Malah, sudah menjadi perkara biasa hari ini bila orang bercakap tentang ketiadaan Tuhan dalam ramai individu dan dalam banyak masyarakat. Kerana penipuan yang mendalam dan meluas ini, atiesma sudah menjadi sesuatu yang dianggap canggih dalam banyak lingkungan orang.


Kerana hasil usahanya dalam membongkar masalah ini, buku ini sudah tentu akan menjadi satu bahan rujukan bagi mereka yang menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai permasalahan Kristian dalam hubungannya dengan budaya manusia hari ini. Keluasan perbincangan buku ini akan memandu pembaca kea rah mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang Firman Tuhan, dan akan menunjukkan kepada pembaca bagaimana seseorang itu boleh mendapat perlepasan, keselamatan dan kemerdekaan yang sebenar dalam Yesus. Pembaca juga akan menyedari kebenaran bahawa budaya manusia, sesungguhnya tidak mempunyai nilai apa pun untuk mendapat keselamatan dalam Yesus Kristus. Kita mesti terus mengingatkan diri kita bahawa untuk mendapat penyelamatan, kita semua harus kembali kepada Yesus, dan memisahkan diri sama-sekali dari segala yang tahayul dan apa juga yang berunsur kuasa ghaib.


Tahniah kepada Sdra. Raymond atas karyanya yang membanggakan ini! Saya dengan tidak ragu-ragu merekomenkan buku ini kepada setiap orang, terutama pada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pelayanan dan penginjilan.


Selamat membaca dan Tuhan berkati!


Reverend Father Felix Chung

Kota Kinabalu

26 November 2008

No comments:

Post a Comment